Tuesday, October 27, 2009



Iftitah Food Services (001907541-M) ditubuhkan pada 16 November 2009. Iftitah Food services menjalankan perniagaan burger kukus dikenali dengan nama BKjr (Burger Kukus Jalan Rejang).

Berbekalkan pengetahuan melalui pengalaman bekerja di beberapa buah restoran antarabangsa selama 15 tahun dan menghadiri skim latihan Keusahawanan Eksekutif Bumiputera anjuran Bank Pembangunan (SME Bank) mendorong kami menubuhkan syarikat ini.

Berdasarkan trend pasaran masa kini, kami mendapati bahawa permintaan burger tetap meningkat terutamanya kepada golongan muda yang sibuk dan juga permintaan terhadap cara masakan yang baru lagi menyihatkan yang menjadi pilihan masyarakat bandar yang kebanyakannya amat mementingkan makan makanan yang sihat dan berkualiti.

Pemerhatian saya juga mendapati bahawa senario masa hadapan perniagaan Burger Kukus adalah cerah dan ia tetap kebal dalam apa jua suasana ekonomi kerana masyarakat tetap mempunyai peruntukan untuk makan dan minum. Dalam keadaan ekonomi yang meleset, gerai burger kukus yang menawarkan harga yang berpatutan dan memiliki menu yang lain dari yang lain akan menjadi pilihan ramai selain perkhidmatan yang cekap dan berkualiti.

No comments:

Post a Comment