Tuesday, October 27, 2009



Iftitah Food Services (001907541-M) ditubuhkan pada 16 November 2009. Iftitah Food services menjalankan perniagaan burger kukus dikenali dengan nama BKjr (Burger Kukus Jalan Rejang).

Berbekalkan pengetahuan melalui pengalaman bekerja di beberapa buah restoran antarabangsa selama 15 tahun dan menghadiri skim latihan Keusahawanan Eksekutif Bumiputera anjuran Bank Pembangunan (SME Bank) mendorong kami menubuhkan syarikat ini.

Berdasarkan trend pasaran masa kini, kami mendapati bahawa permintaan burger tetap meningkat terutamanya kepada golongan muda yang sibuk dan juga permintaan terhadap cara masakan yang baru lagi menyihatkan yang menjadi pilihan masyarakat bandar yang kebanyakannya amat mementingkan makan makanan yang sihat dan berkualiti.

Pemerhatian saya juga mendapati bahawa senario masa hadapan perniagaan Burger Kukus adalah cerah dan ia tetap kebal dalam apa jua suasana ekonomi kerana masyarakat tetap mempunyai peruntukan untuk makan dan minum. Dalam keadaan ekonomi yang meleset, gerai burger kukus yang menawarkan harga yang berpatutan dan memiliki menu yang lain dari yang lain akan menjadi pilihan ramai selain perkhidmatan yang cekap dan berkualiti.
From: DZ.CONSULTANCY
Subject: TIP KECERMELANGAN DARI AL-QURAN (23-2005)
ADAB-ADAB MENJADI AHLI KORPORAT / BISNES YANG CEMERLANG

Sahabat Abdul Rahman bin Auf juga merupakan seorang yang kaya raya. Ibn Saad dalam kitab At-Tabaqat meriwayatkan, “Ketika Abdul Rahman bin Auf meninggal dunia salah seorang isterinya memperoleh harta pusaka sebanyak 80,000 dinar emas.” Sebelum beliau meninggal dunia beliau mewasiatkan agar di dermakan 50,000 dinar emas dari hartanya untuk perjuangan Islam, dan untuk mereka yang pernah menyertai perang badar, beliau dermakan 400 dinar emas bagi setiap orang.

ADAB-ADAB BISNES

Imam Al-Ghazali, dalam kitab Ihya Ulumuddin bab Adab Berusaha Dan Mencari Kehidupan, ketika membicarakan tentang perniagaan, menetapkan, seseorang peniaga atau ahli bisnes hanya dikira sebagai seorang yang mementingkan agama serta syariat dalam bisnesnya jika dia memelihara tujuh perkara, iaitu,

1. Membaikkan niat serta akidah di peringkat awal perniagaan. Seseorang peniaga hendaklah berniat, penglibatannya dalam bidang perniagaan adalah untuk memelihara dirinya dari meminta-minta serta untuk membantunya melaksanakan tuntutan agama. Dia juga perlu berniat, penglibatannya adalah untuk menunaikan segala keperluan keluarga. Di samping itu dia perlu berniat untuk menegakkan keadilan dan berlaku ihsan dalam muamalatnya serta menyuruh manusia kepada makruf dan mencegah kemungkaran.

2. Memastikan tujuannya berusaha ialah untuk menegakkan salah satu dari tuntutan fardu kifayah. Jika mampu, dia hendaklah menjauhi bidang perniagaan yang memfokuskan kepada pembuatan barang-barang perhiasan duniawi yang tidak menguntungkan agama. Dia wajib menjauhi perniagaan barangan yang diharamkan agama, sebagai contoh, pakaian sutera bagi lelaki, cincin emas bagi lelaki dan yang seumpamanya. Antara bidang perniagaan yang disukai oleh ulama salaf ialah, berniaga, membawa barangan, menjahit, mencelup kain, membuat kasut, bertukang besi, bertenun kain, berburu binatang, menangkap ikan dan membuat kertas.

3. Memastikan agar aktiviti duniawinya tidak menjadi penghalang kepada aktiviti akhiratnya. Hal ini diingatkan Allah dalam surah An-Nur ayat 37 yang bermaksud, “Lelaki-lelaki yang tidak dilalaikan perniagaan dan jual belinya dari mengingati Allah, menegakkan solat dan membayar zakat.” Omar Al-Khattab pernah berpesan kepada para saudagar dengan berkata, “Jadikanlah awal siangmu untuk akhiratmu dan sesudahnya itu untuk duniamu.” Orang-orang salih terdahulu menjadikan permulaan serta penghabisan masa siang mereka untuk aktiviti akhirat dengan melaksanakan ibadah-ibadah yang khusus, dan menjadikan pertengahan waktu siang mereka untuk aktiviti perniagaan. Ulama salaf terdahulu apabila mendengar laungan azan terus meninggalkan kedai-kedai mereka untuk melaksanakan solat. Ketika itu kedai-kedai itu diurus oleh kanak-kanak dan orang-orang zimmi.

4. Memastikan agar zikir kepada Allah tidak dilupakan di tempat kerja. Imam Al-Hasan pernah berkata, “Orang-orang yang berzikir kepada Allah di pasar-pasar akan datang kepada Allah pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya.” Mereka sebenarnya sedang mengamalkan hadis nabi yang bermaksud, “Bertakwalah kamu kepada Allah di mana saja kamu berada.” Hadis ini ialah sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi.

5. Memastikan agar diri tidak tenggelam dalam perniagaan. Abdullah ibn Amr ibn As pernah berkata, “Janganlah kamu menjadi orang yang pertama memasuki pasar dan orang yang terakhir keluar daripadanya.” (Dalam bahasa hari ini ia bermaksud, janganlah menjadi workaholic atau orang yang gila kerjaya sehingga melupakan tanggung-jawab yang lain).

6. Memastikan agar dia tidak menjauhi perkara-perkara yang haram sahaja. Dia juga hendaklah berhati-hati dari perkara yang syubhah dan yang meragukan. Jika keadaan sesuatu barangan meragukan, dia hendaklah memastikan hakikat keadaan barangan itu terlebih dahulu agar dia terpelihara dari perkara yang syubhah. Walau bagaimanapun dalam hal ini, pemeriksaan yang terlalu terperinci tidaklah dituntut oleh agama. Hal ini disebabkan nabi sendiri jika ingin mengetahui tentang hakikat sesuatu barangan secara terperinci. Baginda hanya bertanya tentang asal usul barangan itu dan tidak menyelidiki lebih dari itu, dan ini pun tidak baginda lakukan bagi setiap benda. Perkara ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Jabir.

7. Memastikan agar dia sentiasa mengawasi diri sendiri daripada mengawasi orang lain. Hendaklah dia menghitung amalan dirinya, menyelidiki niatnya serta menghalusi setiap perbuatan dan perkataannya.

Baca perinciannya di: http://formulacemerlang.com/modules/articles/